6 Tip Elak Diri Menjadi Mangsa Scammer Di Internet



Assalamualaikum, ketika saya berblog walking, terjumpa artikel ni yang saya kira sangat bagus untuk di kongsikan kepada sahabat-sahabat semua.
...........................

Saya yakin tidak ramai yang tahu bentuk scam yang pernah berlaku di internet baik di pasaran Malaysia, malah ia juga termasuk di pasaran luar Negara. Tahun lepas ada banyak juga berlaku scam, nanti saya cerita lebih lanjut. Artikel ini insyaAllah akan membuka anda tentang perkara yang tidak di ingini pernah berlaku. Jadi, semoga anda akan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku kepada orang lain.

Ini adalah antara 6 scam yang kerap berlaku di internet .Jom kita sama-sama lihat:

1 ) Mudah.my

Siapa di sini pernah membeli daripada laman web mudah.my? Jika anda buka salah satu thread di forum wangcyber.com, ada satu thread sedang berbincang tentang scam yang berlaku di mudah.my, ada mangsa yang siap serta sekali dengan akaun bank dan nama scammer tersebut. Sungguh dasyat.

Antara jualan yang banyak berlaku di laman mudah.my ialah jualan gadjet seperti laptop, smartphone, telefon, alat elektronik dan juga pakaian. Ini antara barang top yang di jual di laman web ini.

Bagi anda yang berniaga di laman mudah.my, usah panic atau naik angin ya bila saya sebut tentang hal ini. Jika anda seorang peniaga di mudah.my yang jujur, maka tiada masalah anda berniaga di sana. Tujuan saya menyenaraikan laman web mudah.my dalam artikel ini adalah supaya orang ramai lebih berhati-hati jika mahu membeli dari web ini.

Antara scam yang pernah berlaku ialah, barang tidak sampai setelah bayaran sudah di lakukan secara online. Ada pula barang yang di beli di pos ke rumah pembeli, namun yang di hantar ialah batu sahaja! Ada yang memilih untuk COD barang itu dengan berjumpa secara face to face, tapi selepas itu terpaksa buat report polis kerana penjual itu tunjuk samseng dengan mengeluarkan pisau semasa berjumpa. MashaAllah, macam-macam jenis penjual ada di Mudah.my.

Jadi tips di sini, untuk membeli dari laman web mudah.my, di sarankan anda untuk COD dan untuk lebih selamat pastikan anda menetapkan waktu dan tempat untuk berjumpa dengan pilihan yang sesuai seperti melakukan perjumpaan di waktu siang di tempat terbuka seperti di kedai makan yang ramai orang.

Bila barang dapat di lihat dengan mata kepala sendiri dan anda puas hati, maka bayaran terus boleh di lakukan.

2 ) Ebay, DHGate dan AliExpress


Laman web ebay, DHGate dan AliExpress juga merupakan antara laman web yang amat popular menjadi pilihan orang ramai untuk membeli. Jika anda lihat laman web ebay untuk pasaran United States, Australia, Canada, ini adalah antara laman web yang banyak berlakunya transaksi. Rakyat mereka sangat gemar membeli online, maka tidak hairan ramai usahawan internet yang menyenaraikan produk mereka di laman web ini.

Walaupun ada banyak komen positif para pembeli yang membeli dari laman web ini, tidak kurang juga yang di tipu oleh penjual. Antara scam yang pernah berlaku ialah sama seperti di mudah.my. Barang tidak di pos, tersalah pos barang, menjual barang tiruan tetapi mendakwa sebagai authentic item dan banyak lagi.

Di laman web DHGate dan AliExpress juga ada berlaku hal yang sama.

Jadi jika anda mahu membeli dari laman web ini, ini adalah tips buat anda. Memandangkan setiap laman web tersebut ada membina system shopping yang canggih, maka anda boleh lihat dan meneliti beberapa perkara sebelum membeli.

Pertama, lihat dahulu profile penjual. Sebaiknya belilah dari seller yang sudah punya pengalaman minima 2 tahun menjual. Lihat juga feedback yang di perolehi oleh seller, adakah banyak negative atau positif? Paling penting ialah lihat kepada feedback yang terkini. Pastikan seller tersebut selalu online dan memberi respond kepada pertanyaan anda dalam tempoh 24-48 jam.

Di sarankan untuk anda membeli dari seller yang sudah punya pengalaman minima 2 tahun kerana biasanya feedback yang mereka dapat adalah dari real buyer. Ini kerana ada juga seller yang membuat fake/dummy akaun dan membuat fake purchase di akaun selling sendiri dan memberi feedback positif kepada akaun jualan tersebut. Ini memang banyak berlaku dan ada di laman web ebay.

Jika anda sememangnya di tipu di laman web ini, anda boleh membuka kes dan hantar kepada pihak admin website tersebut. Maklumkan ID anda, ID seller dan transaksi jualan. Biasanya jika pembayaran di lakukan melalui paypal, pihak paypal boleh membantu anda untuk mendapatkan semula wang anda. Jika anda menang kes, pihak paypal akan refund semula duit anda.

3 ) Jual Beli Paypal

Ini juga antara kegemaran scammer online yang mencari mangsa di internet. Scam ini kelihatan lebih senang berlaku, yalah tidak perlu cari gambar barang dan membuat ayat jualan. Cukup sekadar post ayat seperti ini. “Saya ada fund paypal USD 250, nak jual rate RM 2.80 sahaja, PM kalau nak!” . Maka ramailah yang PM scammer tadi untuk membeli fund paypal bila mereka lihat rate yang di jual jauh lebih murah berbanding seller lain yang mana rata-rata menjual fund dengan rate RM 3.00 ke atas.

Setelah di bank in duit, fund paypal tidak di hantar langsung ke akaun paypal sang pembeli. PM juga sudah tidak di balas.

Naaah, ini adalah antara scam yang sering berlaku dalam jual beli fund paypal. Tips di sini, jika anda mahu membeli fund paypal, ada satu tempat yang saya sarankan untuk anda beli iaitu di group jual beli fund paypal di laman web facebook atau forum CariGold. Namun ada beberapa perkara perlu anda titik beratkan.

Pertama, lihat dalam file pengesahan yang di upload oleh admin group. Biasanya seller yang menjual sudah pun verified dengan admin dimana mereka memberikan nombor telefon peribadi beserta salinan IC.

Akaun facebook seller juga perlulah yang sah. Biasanya scammer yang menjual fund paypal ini cenderung untuk menjual menggunakan akaun facebook yang fake. Teknik terkini ialah, mereka cukup suka membuat akaun facebook yang sama seperti seller fund paypal yang sudah punya banyak pengalaman. Mereka akan mencuri gambar profile seller fund yang lain. Jika mahu membeli, belilah dari seller yang sudah punya feedback yang positif. Terus simpan link akaun facebook seller tersebut jika anda sudah punya pengalaman membeli dari mereka. Ini untuk memudahkan urusan anda pada masa akan datang jika anda mahu membeli dan mencari fund paypal. Cara lain, anda boleh reload fund akaun paypal anda melalui akaun RHB Bank. Mungkin cajnya berbeza jika di bandingkan dengan membeli secara direct dari seller, namun cara ini adalah lebih selamat dan terjamin.

4 ) Forum

Forum juga menjadi antara tempat popular yang menjadi tumpuan scammer melakukan penipuan. Saya boleh senaraikan 1001 jenis scam yang pernah berlaku di laman forum. Namun untuk pengetahuan anda, antara scam yang paling top yang berlaku di forum ialah menjual produk orang tanpa sah, hal ini akan saya cerita dalam perenggan yang lain nanti.

Antara perkara yang berlaku juga ialah, seller diam membisu tidak menghantar barang setelah membuat bayaran, atau tiada refund di lakukan seperti dalam polisi jualan. Perkara ini sama seperti yang di lakukan di mudah.my. Mungkin juga kerana scammer adalah orang yang sama Cuma tempat jualan sahaja bertukar-tukar. Sungguh haru jika yang menjadi mangsa juga ialah orang yang sama.Oh!

Tips sebelum membeli apa-apa produk di dalam forum, pastikan penjual tersebut adalah merupakan ahli yang aktif dan sudah mempunyai post yang banyak.  Mungkin sudah beratus atau beribu. Post yang banyak menandakan ahli tersebut sangat aktif dan sentiasa online. Jadi, apabila anda membeli barang dari mereka, tidaklah anda tertunggu-tunggu bilakah si penjual akan online semula.

5 ) Menjual Ebook

Baiklah, bila bercakap soal menjual ebook, memang banyak cerita yang jadi di internet. Ada yang menjual ebook secara sah, tapi link download tidak di beri. Ada yang menghantar link expired, dan tidak pernah mahu fixkan error tersebut walaupun sudah hantar report.

Bila minta refund, tidak pula mahu di pulangkan wang pembeli. Pening di buatnya. Jika di pasaran luaran, ada sedikit twist di lakukan. Ada pihak tertentu suka untuk membeli ebook secara sah dari seller lain dan menjualnya semula dengan harga yang lebih murah. Mereka claim, merekalah yang menulis ebook tersebut, walhal ia adalah produk orang lain.

Hal ini pernah berlaku kepada IM tempatan juga. Jika anda membeli dari seller sebegini, mungkin anda akan cakap, ini bukan scam, saya bayar dan seller kasi link download. Ya, memang benar. Tapi jika di ikutkan, owner utama boleh menyaman seller tadi atas kes mengambil hak orang lain atau salah laku hakcipta. Anda juga sebagai pembeli jika mahu mendapat support customer, biasanya 100% insyaAllah tak akan dapat. Seller sebegini biasanya menggunakan teknik hit and run. Setelah mereka berjaya menge”pow” wang anda dan hantar link download, mereka akan diam membisu seribu bahasa.

Maka, jika mahu membeli ebook, tanya dulu pendapat orang lain di forum, facebook dan sebagainya. Pasti ada yang respond dan memberitahu anda bahawa ebook itu OK atau tidak, penjualnya benar atau tidak.

6 ) Jual Beli Di Facebook

Laman web facebook sekarang menjadi sasaran utama ramai IM kita dalam memasarkan produk. Banyak cerita kejayaan yang sudah tercatat dalam jualan di facebook. Ada yang best dan ada yang tidak best, termasuklah kisah scam yang berlaku di facebook.
Ada seorang akak komplen, barang yang di hantar tidak sama dengan yang di tawar namun seller tidak mahu ambil tanggungjawab dengan menghantar semula produk yang betul. Ada yang diam tanpa khabar selepas menerima bayaran daripada pembeli.

Anda pernah menjadi mangsa scammer di facebook?
Untuk mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa scammer di facebook, amat di sarankan untuk anda melihat fanpage jualan yang di gunakan. Jika anda nombor telefon, cuba untuk call mereka. Lihat adakah mereka memang boleh di hubungi atau tidak.

Lihat juga bagaimana feedback dari pelanggan. Adakah positif atau banyak yang tidak kena. Jika musykil, copy paste akaun bank seller dan buat search di google.

Ada juga scammer yang kurang cerdik menggunakan akaun bank yang sama untuk scam di laman web berbeza. Jika anda bernasib baik, nombor akaun bank scammer tersebut akan keluar di hasil carian kerana mereka pernah di senarai hitam oleh pihak tertentu.
Anda perlu rajin membuat carian sebelum membeli. Cara paling selamat membeli di facebook ialah melihat feedback dari pembeli yang lepas-lepas.

Usah ambil risiko dengan menjadi pembeli terawal. Hari ini, scammer makin licik. Mereka hanya tiru fanpage dari pemilik asal dan menyamar ketika membuat jualan.

Penutup

Jika anda punya pengalaman pernah di scam di internet, kongsilah dengan kami dengan menaipnya di kotak komen di bawah, semoga ramai pembaca yang lain boleh pengajaran.

Jika anda masih di lindungi dari menjadi mangsa scammer, syukurlah dan akan datang berhati-hati sebelum membuat pembelian.
.............
Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Credit : http://www.sifubiz.com/
Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

0 komen:

Catat Ulasan