Excel Tutorial | Cara Membuat Drop Down List Dependent (Dynamic)

Assalamuaalaikum w.b.t.... Baiklah, post kali ni kita sambung dari tutorial excel yang lepas.

Kali ini bagaimana membuat Drop Down List (Dynamic) / Drop Down List Dependent , iaitu membuat limitasi kepada data mengikut kumpulan yang ditetapkan.

1. Buka blank workbook.
2. Di Sheet1 Buatkan tajuk menu, cth : Jenis Kenderaan dan Model


3. Di Sheet2 sediakan data yang dikehendaki.


4. Kemudian namakan baris untuk drop down menu yang pertama.



5. Setiap pilihan yang disandarkan pada pilihan pertama juga perlu di namakan.





6.  Kembali ke Sheet1, pilih ruangan untuk drop-down list, pilih bahagian tab Data dan pilih Data Validation. Pilih jenis List, dan diruangan Source masukkan nama data. cth : =JenKend


7. Bagi ruangan drop-down list dependent pula, pilih bahagian tab Data dan pilih Data Validation. Pilih jenis List, dan diruangan source type =INDIRECT($C$3)



(untuk pemahaman, arahan =INDIRECT adalah tetap, tetapi $C$3 adalah merujuk kepada kedudukan data utama C3 (column C dan Row 3) yang di tanda bintang dalam gambarajah)

8. Anda akan mendapatkan hasilnya seperti berikut:


Baiklah, semoga perkongsian ilmu kali ni memberi manfaat. Jangan lupa untuk follow blog ini.

Artikel Berkaitan :

Excel Tutorial | Cara Buat Drop-down List Menu





Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

1 komen: