WhatsApp Tip | Cara Untuk Simpan Message Penting

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini Whatsapp merupakan applikasi yang wajib ada pada semua telefon pintar. Hampir semua pengguna telefon pintar menggunakan applikasi yang popular ini kerana mudah, murah dan effisien.

Namun, jarang pengguna menggunakan sepenuhnya kemudahan yang di sediakan oleh pembuat applikasi. 

Baiklah, kali ini saya nak kongsikan cara untuk menyimpan message yang penting supaya mudah kita rujuk dari beratus-ratus perbualan. Terutama jika di dalam grup. 

1. Buka apps whatsapp anda, dan kenalpasti message yang penting tersebut.

2. Pilih message tersebut dengan cara sentuh lebih lama sehingga message tersebut di 'highlight' kan. Kemudian, tekan ikon bintang di bahagian atas.


3. Cara untuk melihat semula message penting tersebut ialah, buka menu whatsapp dan klik pada Starred message.



4. Message penting anda akan terus keluar seperti gamabr di bawah.

Mudah bukan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa klik follow blog ini, dan berikan komen untuk berkongsi bersama ilmu anda.


Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

0 komen:

Catat Ulasan