Assalamualaikum w.b.t
Seperti yang saya janjikan, kali ini saya akan berkongsi pengetahuan berkaitan dengan mencipta pendapatan melalui blog anda. Kali ini saya akan menunjukkan cara-cara mendaftar dan memasukkan iklan. Saya memilih Nuffnang sebagai platform pertama. Pemilihan nuffnang adalah kerana ianya lebih mudah jika dibandingkan dengan Google Adsene, selain nuffnang mempunyai syarikatnya di Malaysia.
Proses untuk menjana pendapatan melalui industri pengiklanan ini memerluan beberapa syarat, saya akan ringkaskan seperti dibawah:

- Mempunyai e-mail, hehehe
- Mempunyai blog sendiri
- Menjadi ahli berdaftar dengan Nuffnang
- Berusaha menjadikan blog anda mendapat trafic yang tinggi supaya iklan anda di klik.
Kemudian klik pada 'Join Nuffnang'
Isikan maklumat yang berkaitan, dan tekan butang 'Next'
Penuhkan maklumat yang diminta, pastikan anda memberi maklumat sebenar untuk pembayaran. Double check ejaan nama kerana jika tersilap, ia sukar untuk membuat pembetulan. Pemilihan agama boleh menghalang dari iklan-iklan seperti arak dan judi dikeluarkan di blog anda. Kemudian tekan butang ' Next'.
Penuhkan maklumat alamat anda, sekali lagi diingatkan supaya memberi maklumat yang betul agar tidak mengganggu proses pembayaran daripada usaha anda. Kemudian tekan butang 'Next'.
Langkah terakhir dalam pendaftaran ialah bersetuju dengan 'Term & Condition' Nuffnang. Hanya perlu thick semua kotak syarat-syaratnya. Kemudian masukkan huruf pengesahan, dan klik butang 'Finish'.
Anda kini telah menjadi ahli nuffnang, buka e-mail yang telah anda daftarkan klik link pengesahan yang dihantar kepada anda.
Saya akan mengupdate lagi, cara menambah blog ke akaun Nuffnang memasukkan 3 jenis iklan yang disediakan untuk blog anda, dan jenis keahlian anda di dalam Nuffnang.
Jangan lupa sponsor blog ini.
0 komen:
Catat Ulasan