Memulakan Perniagaan Di Ebay & Keperluan PayPal Bhg.2

Membuka akaun Paypal

Paypal merupakan satu KEWAJIPAN jika anda ingin menjual di eBay kerana untuk menerima bayaran,ia adalah kemestian ini adalah kerana Paypal merupakan anak syarikat eBay. Ia diguna pakai oleh semua orang yang beurusan di eBay samada menjual atau membeli. Kini anda boleh membuka akaun Paypal Malaysia di sini, dan klik pada butang sign up.




Pilih akaun Premier Account atau Business Account. Jika anda ingin gunakan nama perniagaan sila gunakan Business Account kerana ia akan mengunakan nama perniagaan. Jika ingin gunakan nama anda,sila guna Premier Account. Jangan gunakan akaun Personal Account kerana ia tidak boleh menerima kad kredit untuk bayaran. Ia akan menyukarkan anda nanti.

Pilih jenis akaun dan klik butang Get Started.





Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti dibawah. Pastikan anda menggunakan maklumat sebenar kerana anda perlu mengesahkan maklumat anda melalui credit card/akaun bank.



Satu email pengesahan akan dihantar ke e-mail yang didaftarkan. Periksa email anda dan sahkan pendaftaran anda melalui link yang disertakan. Anda mungkin perlu memeriksa di dalam spam/bulk mail jika email pengesahan tidak diterima di dalam inbox anda.

Kemudian, log in ke akaun paypal anda. Ia akan kelihatan seperti di bawah:



Akaun paypal anda perlu diverify, anda boleh menggunakan sepenuhnya akaun anda setelah memasukkan maklumat dengan menekan butang Get Verify di bahagian atas akaun anda. Anda boleh mempunyai 3 pilihan untuk verify akaun anda :
  1. Menggunakan Kad Kredit (Pastikan bank pengeluar membenarkan transaksi online; setakat saya ketahui bank rakyat tidak membenarkan pemegang kad kreditnya mendaftar dengan paypal)
  2. Menggunakan Debit Card/Atm Card yang mempunyai logo Visa/MasterCard, e.g PublicBank Debit Card, Alliance Debit Card.
  3. Menggunakan Akaun Bank RHB (saving/current).
Anda akan dicaj sebanyak USD 2 atau RM10.00 dan akan dikembalikan semula kedalam akauan paypal anda setelah anda masukkan no pin yang akan dihantar pada statement Kredit Kad atau Debit Kad anda.

Setelah anda melakukan semua perkara di atas, anda telah bersedia untuk menjadi usahawan di eBay. Anda sudah mula boleh membeli dan memasarkan produk anda.

Anda perlu rajin untuk explore akaun paypal anda untuk mengetahui banyak lagi fungsinya seperti menambah akaun bank untuk withdraw duit, transfer duit, top up baki dan anda juga boleh membuat butang bayaran menggunakan paypal/kredit kad ke akaun paypal anda jika anda mempunyai perniagaan on line sendiri.

Sekian untuk kali ini, mohon respon dari yang lebih arif dan bagi yang tidak memahami atau kurang jelas, bolehlah kita berkonsi pengetahuan dan pengalaman melalui komen box di bawah. Jangan lupa sponsor blog ini jika ia membantu anda, dan jadilah follower untuk tip-tip yang lebih menarik.

Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

0 komen:

Catat Ulasan