Buat Duit Sampingan Dengan Blog

Assalamualaikum w.b.t



Terima kasih kerana masih mengikuti blog ini. Superblogger - Knowledge Is Power. Mungkin berdasarkan 3 post pertama, pasti anda beranggapan saya akan menjadikan blog ini hanya berkaitan E-Bay, dropship dan bisnes online sahaja. Tidak, sebenarnya semasa saya mula membina blog ini saya ingin kongsikan bermacam-macam perkara. Kali ini saya ingin mengongsikan pengetahuan saya berkaitan membuat duit secara percuma iaitu industri pengiklanan di blog.


Maaf, saya bukan nak jual e-book. Saya masih belum menilai berapa harga 'pengetahuan' saya ini. Mungkin tidak bernilai langsung kepada otai-otai online. Saya hanya menyasarkan artikel ini kepada newbie yang baru  berjinak-jinak untuk membuat pendapatan online. Cuma jangan lupa klik iklan saya jika anda menghargai 'penat lelah' saya mengetuk keyboard ini.



Blog dengan iklan berbayar.



Diharap anda telah mempunyai blog, jika belum anda boleh membangunkan blog sendiri samada di blogspot, wordpress atau bermacam-macam lagi platform blog masa kini. Cuba anda perhatikan di sebelah  kiri, bahagian atas blog ini. Tentu anda dapat melihat ada iklan nuffnang disitu, mungkin anda TIDAK tahu, bahawa setiap kali iklan itu di klik, saya akan mendapat bayaran daripada nuffnang.



Ada banyak syarikat pengiklanan yang memberikan peluang kepada blogger untuk menjadi ejen pengiklanan mereka. Antaranya ialah Nuffnang dan Google Adsene. Tahukah anda sudah ramai blogger-blogger mencipta pendapatan ribuan malah ada puluhan ribu sebulan hanya dengan memaparkan iklan-iklan di blog mereka. Anda boleh meng'google' berkaitan perkara ini di internet.



Saya akan permudahkan pemahaman anda, sebelum saya membuat nota cara-cara mendaftar,  di harap anda dapat mencari sedikit maklumat berkaitan dengan pengiklanan berbayar ini. Insyaallah 24 jam dari sekarang, saya akan membuat posting berkaitan.



Klik sponsor blog ini jika anda merasakan posting ini bermanfaat, dan jadilah follower blog ini, supaya kita dapat membina networking yang akan memberi manfaat kepada saya dan anda nanti. Berjumpa lagi.
Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

2 komen: