Selain digunakan sebagai ubat untuk membersihkan gigi kita, ada banyak cara lagi ubat gigi ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang kadang kala secara tiba-tiba datang dalam hidup kita.
Memetik artikel yang digarap di sebuah blog, di bawah adalah 16 cara penyelesaian yang boleh dibuat dengan ubat gigi.
1. Bersihkan barang kemas termasuk yang ada batu permata intan berlian dengan ubat gigi saja. Cara lain, berus sekali celah-celah batu dengan berus gigi sama macam memberus gigi.
2. Kilatkan kaca pada lampu kereta pun boleh pakai ubat gigi saja.
3. Para ibu dan pengumpul kasut snikers pasti suka yang ini. Gunakan ubat gigi untuk buang segala kotoran hitam yang melekat di bahagian getah di tepi kasut.
4. Jadikan ubat gigi sebagai pencuci tandas.
5. Kesan kopi, sabun dan tumpahan air di baju kini boleh dihilangkan dengan ubat gigi.
6. Gula-gula getah melekat di rambut? Ini masalah biasa bagi para ibu yang ada anak kecil yang suka makan gula-gula getah. Tapi adakalanya kawan-kawan dia yang nakal yang buat. Nak tanggalkan bukan senang. Kini boleh diselesaikan dengan ubat gigi dan berus gigi saja.
8. Tensyen perabot kayu kat rumah kena conteng dengan anak-anak? Tak mengapa. Ubat gigi kan ada. Sental sampai hilang.
9. Kilatkan hiasan dan barangan perak anda dengan ubat gigi.
10. Ini paling tak sangka. Skrin iPhone atau smartphone anda calar? Hilangkan saja dengan ubat gigi.
11. Buang kesan kotor pada kain langsir jenis nipis dan lace memang sukar. Kini selesai dengan ubat gigi.
12. Kesan kotoran pada sterika juga boleh dihilangkan dengan ubat gigi.
13. Buang kesan air pada meja kayu. Sental saja dengan ubat gigi.
14. Aha, tempek kat muka untuk keringkan jerawat dengan ubat gigi saja.
15. Lagi sekali, para ibu pasti suka. “Contenglah dinding tu nak. Nanti kita minta ayah borong ubat gigi banyak-banyak dan sama-sama gotong royong sental dinding ye.”
16. Bersihkan hitam di celah kuku pun boleh dengan ubat gigi.
credit : http://www.harianblogger.com/
About mdzulsidek
Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
Info yg menarik. Sy dh cuba. Tq kerana kongsikannya.
BalasPadamSama-sama. Teruskan bersama blog ini, Insha Allah saya akan kongsikan info-info seperti ini lagi. Jangan lupe follow ye.
Padam