Menjadikan Pendrive 'Read Only'

Adakah pendrive yang menyimpan data penting anda kerap terkena virus? Virus dari komputer orang lain?

Kali ini saya ingin berkongsi cara untuk menjadikan pendrive kita mempunyai sifat cd-rom, iaitu read only memory. Tanpa menggunakan apa-apa perisian hanya menggunakan arahan dos melalui cmd / command dos prompt.  

Command Menjadikan Pendrive read-only.

a) plug-in pendrive anda ke komputer.
b) buka dos melalui start menu atau run cmd.
c) Type command C:\>DISKPART dan tekan enter. Rajah di bawah akan terpapar:



d) Pilih mana satu disk yang mewakili pendrive anda (ambil contoh Disk 1 ialah pendrive anda); dan type command DISKPART> select disk 1



Anda telah berjaya menjadikan pendrive anda sebagai read-only. Jika anda masih ragu-ragu, masukkan command
DISKPART>attribute disk bagi mengesahkan ciri-ciri pendrive anda. Rajah berikut akan terpapar:



Command Membuang ciri read-only.

Jika anda ingin mengembalikan ciri-ciri asal pendrive anda,

a) plug-in pendrive anda yang dikehendaki.
b) buka dos melalui start menu atau run cmd.
c) Type command C:\>DISKPART 
d) Type command DISKPART>attribute disk clear readonly dan rajah berikut akan terpapar



Kini pendrive anda telah kembali seperti asal.

e) atau menjadikannya read only semula dengan command 
DISKPART> attributes disk set readonly

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda, dan dapat menyelamatkan file-file anda dari serangan virus, atau kecuaian terpadam file penting.


Rujukan : http://blogs.technet.com/
kemaskini pada 20.3.2015

Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

1 komen: