4000 Auto Hits Ke Blog Anda.

Assalamualaikum w.b.t


4000 hit
Baiklah, kali ini saya akan berkongsi satu trick menarik 4000++ hits ke blog anda. Bagaimana? Nampak macam tidak logik bukan. Sebenarnya saya memperolehi tips ini dari sahabat blog ini iaitu, HotMasaKini. Beliau telah memberikan tips untuk trick menarik pelawat ke blog yang cukup mudah untuk dibuat. Di sini saya akan kongsikan ilmu daripada beliau dengan sedikit ubah suai, terutama untuk pelawat newbie macam saya. :)

Pertama anda perlu buka web, Global Auto Surf di alamat http://www.globalautosurf.net/index.php atau klik saja pada link.

1.     Setelah buka laman web tersebut, klik 'Register'



2.     Penuhkan form yang diberikan, kemudian buka e-mail dan verify resistration anda melalui link yang dihantar.

3.     'Log in' ke akaun anda, dan klik butang 'surf' untuk mendapatkan credit.




3(1). Apabila anda klik butang 'surf', site seperti berikut akan terpapar. Bagi mendapatkan 5000 credit percuma anda perlu surf 500 website. Itu pun surf adalah secara auto.


3(2). Kemudian klik butang 'add new site' dan masukkan url blog anda dan klik 'Add'. Anda boleh menambahkan seberapa banyak url blog yang anda ada atau anda juga boleh menambahkan url post-post di blog anda. Namun setiap url baru yang ditambah memerlukan sehari untuk diluluskan.


3(3). Kemudian klik butang 'Allocate'. Di ruangan ini, anda akan menentukan berapa hit yang akan diperolehi oleh setiap url yang anda tambah, namun berdasarkan kredit yang telah anda kutip melalui auto surf site lain yang disediakan oleh pihak Global Auto Surf. 1 website yang disurf selama 7 saat, bersamaan 1 kredit. Setiap kredit yang anda 'allocate' untuk url anda bermakna 1 hit view yang anda akan terima.


Kemudian tunggu dan perhatikan jumlah traffic yang masuk ke blog anda.

Bagaimana? Diharap anda dapat memahami trick mendapatkan jumlah pelawat yang ramai ini. Bagaimanapun cara ini mempunyai pro dan kontranya.

Pro

Anda akan mendapatkan traffic yang banyak ke blog anda. Traffic ini boleh membantu dalam 'Psikologi Traffic' dengan menggambarkan blog anda adalah blog yang popular. Namun anda perlu memasang Live Widget, contohnya : Live Traffic, User Online, Page View dan Carta Pelawat di blog anda. Ia boleh menarik minat pelawat sebenar untuk follow blog anda, sekaligus menambahkan jumlah follower dan memastikan mereka akan mengulangi lawatan mereka. Namun anda perlu memastikan isi kandungan blog anda berkualiti demi memastikan pelawat akan sentiasa berulang.

Kontra

Pertama sekali perlu ditekankan, sistem ini tidak menarik pelawat mengunjungi blog anda secara 'BENAR'. Pelawat-pelawat yang anda dapat dari Global Auto Surf, adalah lawatan secara automatik. Blog anda hanya di'view' secara auto. Sama seperti blogwalking. Anda tidak akan mendapat sebarang klik, komen, follower atau apa-apa sahaja dari pelawat melalui auto surf ini. Sekadar traffic, itu sahaja. Jika anda memasang iklan, tiada pendapatan dari sistem ini. Namun syarikat pengiklanan tidak menyukai kaedah ini, terutama yang membayar BE/CPUV seperti Nuffnang. Selain itu, alamat traffic yang memasuki blog anda adalah dari seluruh dunia. (Saya masih belum menemui cara untuk filter pelawat.) Anda juga perlu memastikan komputer anda dilindungi dengan antivirus dengan update terbaru bagi memastikan komputer anda tidak download apa-apa virus dari website yang dilawat secara automatik.

Di bawah adalah contoh traffic yang saya perolehi minggu ini :



Mungkin menarik untuk newbie macam saya.

Baiklah, selamat mencuba. Jika ada komen atau pandangan sila tinggalkan di  ruangan komen. Jom kita berbincang untuk percambahan ilmu.

kredit : Artikel asal http://hotmasakini.blogspot.com/2012/11/hanya-goyang-kaki-4000-hits-sehari.html
Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

0 komen:

Catat Ulasan