Tingkatkan Trafiic Blog: Cara Mudah Ping Blog di Group FB

Assalamualaikum w.b.t


2-3 hari di awal tahun baru ni,  tak ada update lepas entry santai hari tu. Kali ni saya nak kongsi sedikit pengetahuan tentang kemudahan yang disediakan oleh fb kepada penggunanya merangkap blogger-blogger sekalian. Saya amat yakin, semua blogger-blogger telah mempunyai akaun fb masing-masing. Jika tahun lepas, kita mempelajari ping post-post blog kita ke web-web yang menyediakan perkhidmatan perkongsian traffic. Kali ini saya akan berkongsi pula cara untuk membuat perkara yang hampir sama, iaitu mengiklankan blog/entry yang kita buat ke group-group fb yang kita sertai secara serentak.


Pasti tuan-tuan telah menyertai banyak group-group blogger di fb. Sebagai contoh, saya telah menyertai group-group fb yang diwujudkan untuk para blogger seperti Jom Kita Blogwalking, Kelab Blogger Ben Ashari, Blogwalking Widget, dan Malaysian Blogger Unite. Jadi apakah kebaikan kita menyertai kumpulan-kumpulan ini? Ya, kita dapat meningkatkan traffic blog kita dengan mengongsikan atau memaparkan post kita di 'wall' fb kumpulan tersebut, sekaligus menarik sebahagian ahli-ahli kumpulan yang mencecah puluhan ribu orang itu untuk melawat blog kita.

Anda perlu menyertai kumpulan-kumpulan tersebut dan setelah pentadbir meluluskan permohonan anda barulah anda boleh meletakkan post-post anda di wall kumpulan mereka.

Langkah pertama log in ke akaun fb anda, dan buka bahagaian Facebook Deveoper atau klik link yang diberikan. Kemudian, paparan seperti di bawah akan muncul.





Di ruangan nombor 1, masukkan URL post anda, dan kemudaian tekan butang 'Hantar' seperti di nombor 2.  Kemudian paparan seperti di bawah akan dipaparkan;



Kotak nombor 1 adalah alamat post anda. Di kotak nombor 2, masukkan nama-nama kumpulan blogger yang anda hendak kongsikan. Di kotak nombor 3, adalah mesej yang anda akan sampaikan. Buatlah mesej yang bombastic agar dapat menarik perhatian ahli kumpulan lain untuk mengunjungi blog atau melihat post anda. Kemudian, klik butang hantar. Di bahagian nombor 5 adalah 'preview' post anda di wall kumpulan tersebut.

Setelah anda klik hantar, satu mesej 'pop-up' akan timbul mengatakan ianya telah berjaya di poskan. Bagi menyemak post anda, anda bolehlah membuka kumpulan-kumpulan yang telah anda pilih untuk kongsikan blog anda. Hasilnya seperti di bawah:


Baiklah, selamat mencuba. Mudah sahaja kan.

Komen, cadangan dan pandangan tuan-tuan dan puan-puan amatlah saya alu-alukan. Sila klik like facebook page blog ini atau follow untuk info yang selanjutnya. Jangan lupa untuk sponsor blog ini. Terima kasih semua.

p/s : jika anda mengetahui group-group blogger lain di fb, mohon kongsikan di ruangan komen. Saya akan update list kumpulan untuk memudahkan rakan-rakan yang lain dan saya sendiri. 


Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

3 komen:

  1. Salam Tuan.

    Kenapa xgune je butang FB untuk share artikel yang disediakan oleh bloger. lebih mudah dan cepat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam.

      trime kasih untuk komen tuan.
      memang ada butang share fb yang disediakan untuk blog. tapi tidak semua blog mempunyai butang tersebut, terutama yang menggunakan template. selain itu, seperti dalam post-post saya yg lalu, saya ada menyatakan, kebanyakan tip2 sy ini untuk newbies dan cara-cara asas / basic.

      t.kasih sekali lagi untuk komen tuan.

      Padam
  2. salam..nak tnya..kenapa pop up tu tak keluar yer lepas tekan button send.?

    BalasPadam