Buat Duit : Memasukkan Iklan Ke Blog Anda Bhg.II

Assalamualaikum w.b.t.

Entry kali ni adalah sambungan dari post yang lalu iaitu Memasukkan Iklan Ke Blog Anda. Diharap anda telah berjaya memasukkan iklan jenis leaderboard ke blog anda. Kali ini saya akan menunjukkan cara-cara memasukkan iklan SkyCraper.

Langkah pertama, log in ke akaun nuffnang dan blogger anda. Seperti cara-cara entry yang lepas, pergi ke bahagian 'Manage My Blogs' di dalam akaun nuffnang anda, dan pilih 'Add ad Unit'.



Pilih iklan jenis skycraper seperti di bawah.




Kemudian 'select all' dan 'copy' coding HTML yang diberikan. Kemudian buka dashboard blogger anda dan pilih 'Reka Letak' dan pilih 'Tambah Alat' seperti di bawah;


Kemudian pilih 'HTML/Java Script'.


Seterusnya 'paste' code HTML yang di 'copy' dari nuffnang dan klik 'simpan'.


Akhirnya, lihat hasilnya di blog anda.



Iklan 'Skycraper' dari nuffnang akan tertera di sebelah kiri blog anda. Anda boleh menempatkan iklan ini dimana sahaja dengan mengalihkanny melalui reka letak dasboard blogger anda.

Baiklah, sampai di sini dahulu entry kali ni, Saya akan sambungkang lagi cara-cara memasukkan lagi satu jenis iklan iaitu 'Large Rectangle' dari nuffnang. Semoga anda dapat memahamini apa yang saya cuba kongsikan kali ini dan selamat mencuba. 

Seperti biasa, saya mengalu-alukan sebarang komen, pandangan dan perkongsian dari tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Jadilah follower blog ini dan bersama-sama kita mewujudkan network untuk perkongsian ilmu yang ada, kerana 'Knowledge is Power".

Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

1 komen:

  1. sy bydak baru belajar...mohon tunjuk ajar.hehe
    http://chekchikrmz.blogspot.co.uk/

    BalasPadam