Menghubungkan Blog Dengan Facebook Bhg.1

Assalamuailaikum w.b.t


Kali ini saya akan mengkongsikan cara-cara menghubungkan blog anda dan facebook. Seperti sedia maklum   medium fb kini sangat popular, ia mampu memudahkan anda mendapatkan pengikut yang setia melalui fb. Ada pelbagai script yang di kongsikan oleh ramai blogger-blogger otai di blog mereka. Namun, saya lebih gemar mengkongsikan cara-cara yang basic untuk membuat kotak like fan page di blog anda.


Saya akan pecahkan entry kali ini kepada dua bahagian; pertama cara-cara membuat 'fan page' dan yang kedua saya akan berikan cara meletakkan HTML script ke blog anda. Saya pecaya, telah ramai yang menggunakan script yang disediakan di internet, dan saya percaya ramai yang memandang enteng akan apa yang saya kongsikan ini. Saya tahu, ini untuk newbie, hatta ada 2-3 orang rakan saya bersungguh-sungguh nak tahu cara nak buat butang 'read more'. Sebab tu saya pernah buat post pasal butang read more. Walaupun ia basic knowledge.

Okey, back to topic, sekarang saya tunjukkan cara-cara nak buat 'fan page' blog anda di fb.

Mula-mula log in ke akaun fb anda, dan pergi ke halaman utama. Lihat di sebelah kiri akaun anda, skrol ke bawah sehingga ke bahagian Page / Halaman. Klik pada butang 'Reka Sebuah Halaman' seperti gamba di bawah:



Kemudian, pilih jenis blog anda, samada blog biz, organisasi, produk atau sebagainya. Bagi blog terbuka seperti blog ini, ia lebih sesuai memilih jenis komoniti. Anda yang tentukan jenis blog anda. Pilih seperti gambar di bawah:


Kemudian ikut langkah-langkah seperti dibawah dan klik mulakan.


Kemudian setupkan akaun anda, langkah demi langkah. Anda boleh langkaui dahulu jika tiada apa yang hendak di taip tentang page anda. Langkah ke 4 juga boleh dilangkaui kerana ia adalah bertujuan membeli ruangan iklan berbayar dengan fb untuk page anda, namun jika anda berniaga online sebenarnya berbaloi membeli ruangan iklan dengan fb.



Kemudian setelah selesai setup, anda boleh melihat fan page anda seperti di bawah.



Tujuan mencipta fan page di fb selain meningkatkan traffic blog dengan pelawat yang berulang, anda boleh bekomunkasi terus dengan pelawat-pelawat yang like fan page anda melalui fb.

Ok, sampai di sini sahaja dahulu panduan untuk menghubungkan blog dengan facebook. Dalam post berikut, saya akan mengongsikan cara-cara memasukkan like button di blog anda, dimana pelawat anda hanya perlu klik butang like di blog dan ia akan terus like fan page anda di facebook, sekaligus pelawat yang bertukar menjadi pengikut anda akan mendapat update terkini blog anda melalui fb mereka. Mudah bukan.

Jika merasakan entry ini bermanfaat, klik follow dan like. Jadilah follower blog ini untuk berkonsi lagi pengetahuan-pengetahuan yang lain. Komen, pandangan dan kritikan amatlah dialu-alukan.

Baca juga :

Menghubungkan Blog Dengan Facebook Bhg.2
Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

5 komen:

  1. terima kasih untuk komen tuan. satu sokongan untuk sy membuat entry berkaitan lagi.

    BalasPadam
  2. ohh.. mudah jer. klau pakai script kene promote website dia skali.
    tqvm sbb ajar dengan guide yang lengkap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama. jomlah join blog ni, klik follow & like. :)

      Padam