Buat Duit : Memasukkan Iklan Ke Blog Anda

Assalamualaikum w.b.t semua.

Baiklah kali ini saya akan membuat entry cara-cara memasukkan iklan nuffnang ke dalam blog anda. Ini adalah kesinambungan dari post-post saya yang lalu iaitu Buat Duit Sampingan Dengan BlogBuat Duit Sampingan Dengan Blog Bhg. II dan Mendaftarkan Blog Dengan Akaun Nuffnang. Saya juga telah pergi lebih detail bila membuat post berkenaan Glitterati, iaitu Definasi Glitterati/Exclusive Member. Saya turut memberikan bukti berkaitan pendapatan seseorang melalui Nuffnang iaitu Duit Free Di Nuffnang Terbukti! setelah menerima kritikan/kutukan yang hebat oleh seorang pelawat. Hehehe... Walau pendapatan saya melalui blog tidak lagi ke tahap itu.

Ok, sekarang saya akan berikan tip-tip untuk memasukkan iklan Nuffnang ke blog anda. Baiklah langkah pertama buka dashboard
blogger anda, dan log in ke akaun nuffnang anda. Di bahagian 'Blog Manager' pilih 'Manage My Blogs'.



Anda akan di bawa ke paparan seperti di bawah;

Klik pada butang 'Add ad Unit'.


Pilih kotak iklan Leaderboard dan HTML code iklan tersebut akan terpapar seperti di bahagian bawah gambar di atas. Kemudian 'select all & copy' code yang diberikan. Pergi ke dashborad blogger anda dan pilih 'template', dan kemudian klik 'Edit HTML'.


Paparan di bawah akan terbuka, klik 'Kembangkang Templat Widget'. 


Kemudian tekan 'CTRL + F' dan cari code ini  
<body expr:class='&quot;loading&quot; + data:blog.mobileClass'>

kemudian 'paste' code HTML yang diberikan oleh Nuffnang, di tempat anak panah bewarna merah seperti di atas, betul-betul di bawah code <body ex..... tersebut.


Setelah anda 'paste' code tersebut klik pada butang 'save' dan sekarang anda boleh lihat blog anda. Iklan Nuffnang akan kelihatan di bahagian atas blog anda seperti di bawah;


Sekarang blog anda sudah bersedia menjana pendatan melalui iklan yang anda paparkan. Setiap klik ke iklan tersebut akan dikira oleh pihak Nuffnang. 

Cara-cara memasukkan iklan 'skycraper' dan 'large rectangle' akan saya buat dalam post-post akan datang.

Selamat mencuba, jika ada apa-apa komen sila tinggalkan diruangan komen di bawah. Penglibatan anda amat saya alu-alukan... Dan jangan lupa untuk menjadi follower blog ini untuk menambahkan pengetahuan.

Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

0 komen:

Catat Ulasan