Tips Memilih Produk untuk Dijual Di eBay atau Lelong

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama saya tidak menulis berkaitan eBay. Baiklah, kali ini kita kembali kepada topik eBay. Kita akan membincangkan beberapa tip untuk memilih serta mendapatkan produk untuk dipasarkan melalui eBay.
Ada beberapa cara untuk mendapatkan produk, tetapi bagaimana cara untuk mendapatkan produk yang terbaik dan menghasilkan keuntungan melaluinya. Berikut adalah beberapa method untuk mendapatkan bekalan / produk seperti yang saya katakan.



Terus Dari Kilang.

Ini merupakan satu kaedah tradisional dan antara kaedah terbaik mendapatkan produk yang berkualiti dan murah. Jika anda rajin membuat 'survey', tentu anda akan menemui banyak kilang yang menawarkan anda peluang untuk memasarkan produk mereka. Anda lebih mudah mendapatkan atau menuntut 'warranty' jika anda mengambil terus dari kilang. Ramai sebenarnya melakukan kesilapan apabila mendapatkan bekalan dari orang ke dua atau ke tiga, atau dalam istilah lain, orang tengah. Cara ini mungkin menjimatkan masa, namun dalam masa yang sama anda telah meningkatkan kos kerana anda mendapat harga yang telah dinaikkan mungkin sekali atau dua kali, dan mungkin telah mencecah sekali ganda harga kilang. Maka anda perlu mendapatkan produk terus dari kilang atau sekurang-kurangnya pengedar kepada kilang tersebut.

Pembelian Dalam Kuantiti Banyak / Membuat Stok

Jika sesuatu produk mendapat sambutan atau laku di pasaran eBay, seelok-eloknya anda membuat pembelian dalam kuantiti yang banyak atau pukal Selain memastikan produk tersebut sentiasa mempunyai stok dalam kawalan anda, ia juga sebenarnya memberi saty advantage apabila membeli secara pukal. Jika anda membeli secara pukal, contohnya 100 hingga 300 unit produk, mungkin anda akan menyedari harganya hanya separuh dari harga membeli 5 hingga 10 produk. Selain itu, anda mungkin akan meningkatkan imej anda di mata pembekal kerana membuat pembelian yang banyak. Namun, banyak perkara perlu diberi perhatian sebelum membuat pembelian pukal. Ini kerana jika anda tidak membuat kajian yang terpeinci, ini akan menyebabkan anda kerugian, apabila stok anda tidak dapat dicairkan menjadi wang. Anda mungkin terpaksa melelong stok anda di bawah paras harga sebenar. Kesimpulannya, tidak salah jika anda memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, kumpulkan ilmu dan pengalaman sebelum membuat keputusan membelanjakan modal yang banyak untuk membuat perolehan stok.

Teknik Dropshipping


Teknik ini pernah saya sentuh dahulu, dimana seseorang 'seller' tidak perlu menyimpan stok, tidak perlu membeli dahulu produk, 'seller' hanya perlu mencari syarikat/pembekal yang boleh memekal produk yang kita minta kepada pelanggan kita. Anda hanya perlu memasarkan produk mereka dengan cara mengiklankannya di eBay / Lelong, apabila ada pelanggan yang berminat dan membeli produk yang anda iklankan, baru anda membuat tempahan dan pembayaran kepada pembekal. Kemudian anda arahkan pembekal tersebut untuk mengepos produk itu kepada pelanggan tersebut Mudah bukan.

Namun, berniaga tetap ada risikonya, anda perlu menimba pengalaman yang banyak dan mencari ilmu yang berkaitan sebanyak mungkin. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan berjaya, dan jika anda tidak bernasib baik, elakkan rasa putus asa, dan teruskan berusaha. Setiap kegagalan merupakan batu loncatan untuk kejayaan. Kegagalan kerana mencuba bukanlah sesuatu yang sia-sia, kerana anda mendapat pengalaman dan pengetahuan darinya.

Jika anda berminat mencuba teknik dropshipping, anda boleh melawat website ini http://www.alibaba.com/
ramai rakan-rakan mengesyorkan kepada saya.

Selamat mencuba, saya sekadar berkongsi pengalaman secara teori. Jika entry ini memberi memberi manfaat kepada anda silalah komen atau berkongsi pandangan. Jangan lupa untuk sponsor blog ini. Klik follow dan jadilah follower blog ini untuk perkongsian ilmu dan pengetahuan, kerana Knowledge Is Power.

Share on Google Plus

About mdzulsidek

Dilahirkan pada tahun 80 dan membesar pada era 90'an di Kuantan, Pahang. Masih menetap di Kuantan dengan pasangan hidup dan bersama dua cahayamata yang comel. Tidak mengimpikan apa-apa dalam berblog, sekadar berkongsi apa yang dirasakan menarik dan berguna, serta memanfaatkan ilmu yang ada hasil dari pengorbanan emak dan ayah. Selain cuba menyebarkan ilmu dan pegetahuan yang bermanfaat, moga menjadi bekal yang baik di sana nanti dan turut memanfaatkan pemegang saham utama diri ini...arwah emak dan ayah.
    Blogger Comment

2 komen:

  1. Terimakasih atas perkongsian yang sangat bermakna ini banyak yang berjaya melalui ebay, oh iya terimakasih sudah follow saya nak follow balik

    BalasPadam
  2. terima kasih rakan dari seberang. blog anda juga banyak memberi manfaat untuk saya.
    :)

    BalasPadam